Dasar Privasi
STELLARRISE PLT. (“StellarRise”), bersama dengan subsidiari-subsidiarinya, syarikat-syarikat gabungannya, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya dan syarikat-syarikat bersekutunya (secara kolektif, “Kumpulan kami” dan sebarang rujukan kepada “kami” adalah termasuk mana-mana ahli Kumpulan kami), menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Polisi Privasi (“Polisi Privasi”) ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa StellarRise boleh meminda Polisi Privasi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web kami atau melalui apa-apa cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh StellarRise.
1. Data Peribadi
Data peribadi bermakna sebarang data yang berkaitan dengan anda (atau dalam kes pihak ketiga yang telah diberi kuasa oleh pihak ketiga tersebut) yang dikumpul atau dibekalkan kepada Kumpulan kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di Perenggan 2 di bawah (“Tujuan-Tujuan Pemprosesan”).
Data peribadi anda boleh termasuk tapi tak terhad nama anda, nombor kad pengenalan/pasport, butir-butir perhubungan, butir-butir kewangan dan akaun perbankan, pekerjaan, kewarganegaraan, maklumat dalam format audio dan/atau video (termasuk suara, rakaman video, rakaman-rakaman televisyen litar tertutup (“CCTV”) atau rakaman keselamatan), imej (termasuk gambar) dan maklumat pengesanan lokasi / sistem kedudukan global (“GPS”).
Kumpulan kami, sama ada secara langsung atau melalui ejen-ejen dan wakil-wakil kami yang diberi kuasa, mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada pihak ketiga seperti ejen, pengedar atau wakil diberikuasa Kumpulan kami, wakil-wakil anda di sisi undang-undang, agen-agen, agensi rujukan kredit dan/atau majikan anda apabila anda secara lansung atau melalui wakil-wakil anda di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan membekalkan data peribadi anda kepada Kumpulan kami dengan apa-apa cara yang berkaitan dengan mana-mana transaksi, pengaturan dan/atau pertanyaan yang dibuat dengan Kumpulan kami termasuk apabila anda menghantar borang-borang pertanyaan, pemohonan dan/atau pendaftaran yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk salinan secrara dalam talian dan fizikal di tempat-tempat awam atau di premis kami. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.
Semua data yang diminta dalam borang-borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya.
2. Tujuan-Tujuan Pengumpulan Data Peribadi Anda
Data peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Kumpulan kami seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang anda kehendaki , termasuk yang berikut:
1) untuk menilai dan memproses produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta;
2) untuk mengenalpasti identiti dan latar belakang anda;
3) untuk membolehkan penglibatan anda, dan pentadbiran kami, dalam mana-mana pertandingan,promosi atau kempen;
4) untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara kami;
5) untuk memproses mana-mana bayaran yang berkenaan dengan produk atau perkhidmatan kami yang anda minta;
6) untuk menjalankan pemeriksaan rujukan kredit dan menilai kelayakan kredit anda, jika perlu, bagi membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan yang diminta;
7) untuk siasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan-tujuan keselamatan termasuk dan tidak terhad kepada pengesahan dan pencegahan jenayah dan pendakwaan;
8) untuk menjalani penyelidikan bagi analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelanggan;
9) untuk meningkatkan taraf pengurusan perniagaan kami dan hubungan anda dengan Kumpulan kami;
10) untuk menjawab pertanyaan anda dan untuk menyelesaikan apa-apa isu dan pertikaian yang mungkin timbul yang berkaitan dengan apa-apa urusan Kumpulan kami;
11) untuk melindungi atau menguatkuasakan hak-hak kami di bawah apa-apa perjanjian di mana Kumpulan kami merupakan salah satu pihak kepada;
12) untuk memindahkan atau menyerahkan hak kami, kepentingan dan obligasi di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat dengan Kumpulan kami;
13) untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Kumpulan kami dalam perlaksanaan perniagaannya termasuk untuk mematuhi apa-apa keperluan penzahiran di bawah apa-apa undang-undang yang mengikat Kumpulan kami;
14) untuk menghubungi dan/atau membekalkan anda dengan informasi berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda;
15) untuk memastikan kandungan laman web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda;
16) untuk pengurusan rekod dalaman Kumpulan kami; atau
17) untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan dan garis panduan termasuk kehendak mana-mana badan kerajaan atau pihak berkuasa.
Di mana anda telah menunjukkan persetujuan anda untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada Kumpulan kami, anda boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh kami atau anda boleh menghubungi AdEasy melalui butir-butir hubungan yang dibekalkan dalam Perenggan 6 di bawah.
3. Penzahiran atau Pemindahan Data Peribadi
Data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami adalah diproses oleh entiti-entiti (di dalam atau di luar Malaysia) dalam Kumpulan kami (termasuk syarikat-syarikat berkaitan, subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan-rakan kongsi khidmat luaran).
Data peribadi anda mungkin dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, di mana kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau untuk Tujuan-Tujuan Pemprosesan (atau tujuan yang berkaitan secara langsung dengan Tujuan-Tujuan Pemprosesan).
Data peribadi anda mungkin akan dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga berikut:
1) Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti bank atau institusi kewangan, juruaudit, peguam-peguam, setiausaha-setiausaha syarikat, syarikat-syarikat percetakan, penjual-penjual sistem teknologi maklumat/perisian, kontraktor-kontraktor, penganjur-penganjur mesyuarat/latihan/acara, penasihat-penasihat lain, agensi pelancongan dan syarikat-syarikat insurans);
2) Mana-mana institusi kewangan, pedagang dan persatuan-persatuan kad kredit yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana kad kredit atau kad debit dalam mana-mana transaksi yang dibuat dengan kami;
3) Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan kami;
4) Agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pengawal selia industri dan majlis-majlis tempatan yang berkaitan; dan
5) Mana-mana orang, pihak berkuasa atau pengawal selia di mana Kumpulan kami dibenarkan atau dikehendaki untuk mendedahkan kepada di bawah undang-undang mana-mana negara.
4. Laman Web
Kandungan di dalam laman web www.lingua-learn.my dan mana-mana laman web yang dikendalikan atau dikawal oleh Kumpulan kami (“Laman Web Lingua Learn”) mungkin termasuk pautan kepada laman web pihak ketiga. Kumpulan kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web pihak ketiga yang dipautkan dan pengguna patut memerhatikan dasar privasi laman web pihak ketiga masing-masing.
Kumpulan kami mungkin mengumpul data mengenai lawatan anda ke Laman Web Lingua Learn tanpa anda menyerahkan data tersebut secara aktif. Data yang tidak dapat dikenal pasti mungkin dikumpulkan menggunakan pelbagai teknologi, seperti cookies dan “web beacon”.
5. Hak Akses
Anda berhak untuk mengakses dan meminda data peribadi anda yang kami pegang tertakhluk selalunya kepada pengecualian-pengecualian yang tertentu dan bayaran yang ditetapkan. Kami akan melakukan segala usaha untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat dan terkini, justeru kami meminta agar anda terus memaklumi kami melalui butiran hubungan di Perenggan 6 di bawah sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam data anda dan mengenal pasti entiti / bahagian yang berkenaan dalam Kumpulan kami yang anda telah berurusan.
6. Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila menghubungi yang berikut:
Tel: +6010.290.4834
Emel: hello@lingua-learn.my
Hubungi: Therine
Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Polisi Privasi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Polisi Privasi ini dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Polisi Privasi dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Kemaskini terakhir: 1 Januari 2025

